Thursday 26 January 2012

Saya Ingin Menceritakan tentang Berbatov :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dimitar Berbatov
A tall, dark-haired man wearing a red shirt and white shorts stands in a formative pose.
Personal information
Full nameDimitar Ivanov Berbatov[1]
Date of birth30 January 1981 (age 30)
Place of birthBlagoevgrad, Bulgaria[2]
Height1.89 m (6 ft 12 in)[3][4]
Playing positionStriker
Club information
Current clubManchester United
Number9
Youth career
Pirin Blagoevgrad
CSKA Sofia
Senior career*
YearsTeamApps(Gls)
1998–2001CSKA Sofia49(26)
2001Bayer Leverkusen II7(6)
2001–2006Bayer Leverkusen154(69)
2006–2008Tottenham Hotspur70(27)
2008–Manchester United105(47)
National team
1999Bulgaria U182(2)
1999Bulgaria U211(2)
1999–2010Bulgaria77(48)
* Senior club appearances and goals counted for the domestic league only and correct as of 5 January 2012.
† Appearances (Goals).

Tahukah anda tentang gigi anda :)

Semua orang mempunyai dua jenis gigi iaitu gigi susu atau desidus dan gigi kekal. Gigi susu mempunyai 20 batang gigi. Gigi kekal pula mempunyai 32 batang dan ia akan tumbuh ke dalam mulut ketika anda berumur enam tahun atau tujuh tahun.

Jenis gigi yang pertama tumbuh di dalam mulut ialah gigi insisif atau kacip. Gigi yang terakhir yang tumbuh ialah gigi bongsu atau molar ketiga. Gigi itu tumbuh ketika berumur 17 tahun. Lazimnya semua 28 gigi kekal (14 dirahang atas dan 14 di rahang bawah) akan tumbuh di dalam mulut anda. Gigi bongsu kadangkala tidak tumbuh langsung ke dalam mulut anda. Ini mungkin disebabkan benih gigi bongsu memang tidak terbentuk dalam rahang dari awal.

Keadaan itu boleh terjadi kerana rahang terlalu kecil sehingga tidak mempunyai ruang pada rahang untuk memuatkan benih gigi. Gigi bongsu yang terhalang itu dinamakan gigi bongsu terimpak. Gigi itu hanya dilihat dengan jelas melalui kaedah X-ray.

Gigi bongsu terimpak tidak perlu dicabut keluar daripada rahang jika tidak menimbulkan rasa sakit. Tetapi kadang-kadang ia boleh menghimpit saraf kecil di sekitar rahang sehingga menyebabkan rasa sakit. Rasa sakit itu boleh tersebar ke sekitar bahagian leher dan muka. Jika kedudukan gigi bongsu terimpak di bahagian rahang atas, ia boleh menyebabkan rasa pening yang berterusan di sekitar kening dan sebahagian kepala. Rasa sakit itu hanya boleh reda jika gigi bongsu terimpak dicabut.

Gigi bongsu terimpak hanya boleh dikeluarkan dengan kaedah pembedahan ringkas yang dinamakan surgeri minor. Satu torehan akan dibuat pada gusi untuk mendedahkan tulang rahang. Bahagian tulang rahang yang menghalang korona gigi bongsu terimpak akan dibuang dengan satu alat pemotong khusus atau dengan alat geruji gigi. Setelah itu gigi akan dicungkil keluar.
Jika akar gigi tersebut bengkok dan dalam kedudukan melintang, maka gigi dan akar akan dipotong dalam beberapa keratan sebelum keratan itu dikeluarkan satu persatu. Anda akan diberikan satu suntikan bius sebelum pembedahan dilakukan. Suntikan itu bertujuan melalikan bahagian yang akan dibedah. Anda masih dalam keadaan sedar. Bagaimanapun suntikan hanya diberikan dalam kes tertentu sahaja.
Anda jangan rasa cemas jika mengalami bengkak atau rasa yang sakit selepas pembedahan. Doktor gigi akan membekalkan ubat untuk meredahkan rasa sakit. Jika torehan yang dibuat agak panjang, maka gusi anda akan dijahit untuk mencegah perdarahan daripada terjadi.

Jangan mengorek bahagian torehan itu dengan jari atau alat lain. Ini akan menimbulkan infeksi atau keradangan pada luka. Luka akan lambat sembuh. Ikut nasihat doktor untuk segera sembuh.